ScoreXcess adalah platform digital yang membolehkan para usahawan memohon pembiayaan perniagaan atas talian dari pelbagai agensi / institusi secara serentak melalui satu permohonan. ScoreXcess menawarkan platform permohonan pembiayaan yang lebih cepat dan lebih mudah kepada pemilik perniagaan kecil.
Usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.
Umur minimum 18 tahun dan maksimum 70 tahun
Mempunyai pendapatan tetap (dari perniagaan atau sumber yang berkaitan)
Mempunyai akaun bank di mana pendapatan dikreditkan
Telah mengemaskinikan rekod Untung & Rugi dan kunci kira-kira
Penyata akaun bank (7 bulan lepas)
Penyata Keuntungan & Kerugian dan kunci kira-kira (1 hingga 3 tahun lepas)
Bil TNB & Telco atau bil utiliti berkaitan lain
Minimum RM1,000 dan maksimum RM1,000,000 bergantung kepada agensi / institusi pembiayaan berkenaan
Minimum 1 tahun dan maksimum 10 tahun, bergantung kepada agensi pembiayaan /institusi berkenaan
Dari serendah 4%, bergantung kepada agensi / institusi pembiayaan berkenaan
Minimum 3 hari bekerja, bergantung kepada kelengkapan dokumen.
Cara memohon atas talian:
Langkah 1: Akses halaman utama, http://www.scorexcess.my
Langkah 2: Masukkan nama penuh dan alamat e-mel anda dalam ruangan yang disediakan di laman utama dan klik butang “SUBMIT”.
Langkah 3: Anda akan menerima e-mel secara automatik bersama pautan. Klik pautan untuk mengesahkan pendaftaran anda.
Langkah 4: Anda akan menerima borang permohonan atas talian. Masukkan butiran peribadi dan perniagaan anda, baki bank dan simpanan tunai dalam ruangan yang disediakan. Klik butang "NEXT".
Langkah 5: Anda akan menerima borang upload dokumen. Muat naik bil TNB dan Telco, penyata bank, penyata untung rugi dan kunci kira-kira di ruangan yang disediakan. Klik butang "NEXT". Anda perlu mengimbas dokumen ini terlebih dahulu sebelum anda boleh memuat naik.
Langkah 6: Halaman seterusnya (Langkah 3) akan dipaparkan, dan anda akan menerima SMS bersama pautan untuk memuat turun aplikasi mudah alih ScoreXcess di nombor telefon yang telah didaftarkan.
Langkah 7: Aktifkan aplikasi mudah alih ScoreXcess dan hantar permohonan anda.
Permohonan akan diberi Skor Kredit.
Permohonan akan dikemukakan kepada dan diproses oleh agensi / institusi pembiayaan berkenaan.
Setelah permohonan diluluskan, pemohon akan diberitahu oleh agensi / institusi pembiayaan berkenaan.